Aku punye family yg sangat memahami..susah senang dikongsi bersama..sakit pening ada yang mengambil berat.. Nah lihat lah di luar sana, masih ramai yang tidak dipedulikan ibu bapa mereka.. sanak saudara apatah lagi..hilang entah ke mana, saat diri dilanda kesusahan..Tapi aku, masih ramai yang ingin membantu, pun aku masih tidak mahu menyedarinya..
Walau hidup tak senang mana, sekurang2 nya aku bahagia dikurniakan keluarga yang sentiase di sisi..Kalaulah direnungkan manusia2 di luar sane, masih banyak yang susah, masih ramai yang menagih kasih dr org lain..tp aku, masih dilimpahi kasih sayang yang aku harapkan kekal hingga akhir hayatku.. Apa lagi yg aku mahukan, cukuplah rintihan hati ini..aku tidak mahu bisikan syaitan ini menyucuk2 ditelingaku.. pergilah kau ditiup angin..pergi..
Demi Tuhan, aku tidak akan sesekali bertanya mengapa aku yg perlu melalui semua ini.. Pasti disebaliknya terkandung hikmah yg tersirat dan mungkin satu hari aku akan pasti mengetahuinya..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan