Khamis, Mac 17, 2011

Kuasa Alam

Lepas satu, satu musibah pulak yg menimpa.. Ya Allah, sangat simpati ok dengan rakyat Jepun.. Macmanela kalau kita kena hadapi apa yang diorang tgh lalui sekarang ni.. mmg tak tercapai dek akal..

Semua orang tahu, tak payah nak di war-warkan lagi kehebatan Jepun pada teknologi mereka.. Segala yang canggih manggih semuanya dari negara matahari terbit tu.. Aku pon kalau nak cari barang2 letrik ke musti nak brand2 Jepun sbb kualiti mmg terbaekkkk kan.. mmg takleh dinafikan la..

BAngunan2 yang diorang cipta setahu aku mmg utuh dan kalis gempa.. Sbb diorg mmg arif negara diorang berada dalam lingkaran api pasifik, so bila-bila masa je bencana alam boleh berlaku.. Bila gempa bumi sekuat 9 skala richter yang berlaku (terburuk sejak 140 tahun) bangunan-bangunan diorang masih utuh.. Takla banyak sangat yang runtuh kan.. Tapi bila Tsunami melanda, habis sekelip mata semua yang ada hilang..lenyap.. sunyi dan sepi..

Dah habis satu bab kemusnahan, timbul pulak satu lagik..kesan radiasi yang kesannya sangat dasyat pada hidupan..  (Dulu aku pernah tgk satu cerita omputih pasal kesan radiasi ni, smpai terkopek kulit nampak salur2 darah bila terkena..) Bila tengok budak2 yang kena saringan radiasi tu, mmg sayu.. panjang lagi masa diorang tuk hidup tapi bila dah terdedah dengan bahan2 radioaktif ni, xmustahil masa depan diorang pon akan gelap..

Apa yang difikiran aku skrg ni - Jepun negara yang berteknologi tinggi dan canggih pun akan kalah pada kuasa alam..  Subhanallah,.. sungguh aku insaf dengan apa yang berlaku kini..

Tiada ulasan: