Assalamualaikum... uhuk.. uhukkk
Aisey, kejap ada, kejap takde.. adenye kejap, hilangnya lama bangat.. Memang mood nak berblogging ni dah ke laut gamaknya...
Cita-cita tinggi. Konon nak letak banner baru.. wallpaper baru.. nak ubah itu ini.. tapi non hado.. mood malas tu datang bila mana jejari ini dah bersedia nak menaip.. apakan daya..
Oklah, ikut suka tuan punya blog la bila nak update kan.. setahun satu cerita pun siapa nak kisahkan.. bukan artis ponnnnnn..heheee
Ok nak cerita pasal bercuti ke Langkawi. Kalau nasi ni disimpan berminggu-minggu bukan basi je tapi dah berkulat kot.. nasib cerita, selagi otak mampu ingat, mari kita cerita sambil share gambar-gambar yg ada..
Cuti hari Malaysia haritu lah ni, kami 1 family ke Langkawi mengikut rombongan ofis. rasanya kalau saja nak berjalan ke Langkawi, memang takkanlah kalau hari-hari cuti peak season ni. Tapi sebab rombongan, kita layankan ajelah... semua free kecuali makan minum jek.. ajegile tak pergi.. rugi wooo
Ok bertolak jumaat malam.. 1st time bawa anak bujang berdua naik bas yg berjam2 tuh.. agak mencabar jugaklah bila dalam bas dua-dua bujang nak kat umi jek.. ok memang jeles bila tengok babah nye boleh tido tanpa gangguan.. Itulah nasib mak-mak kan..memang sakit-sakit badan sepanjang 8 jam memangku anak yg tgh tidur.. phewwwwwwww
Sabtu pagi bila sampai je R & R Gurun, konon nak berhenti mandi tapi takde maknenye.. punya ramai manusia yg sama tujuan dgn aku rupanya.. macam nak tanya aje diorang ' eh, apasal berhenti R & R ni, napa tak berhenti R & R lain.' Tapi kalau tanya gitu, nanti diorang pulak tanya aku.. ' yang kau pulak dah kenapa berhenti sini' ade yang aku lari sambil tutup muka gitu.. baik tak payah tanya.
Sudahnya sampai Langkawi la tak mandi anak beranak. Disebabkan majoriti 1 bas tak mandi, so takdelah kisah sangat kan.. kalau kau kate aku bau kambing, ehhhh kau pun ape kurangnya.. ha gituuuuu
Sabtu tu round Langkawi, pergi Gunung mat cincang ke apa namanya. Buat ke 2 kalinya aku berjaya naik cable car walaupun dalam hati yang bergetar ni Allah je yg tahu.. Ok anak-anak rilek je maybe diorang belum tau mcmane rasanya gayat itu.. mak diorang dah kejang-kejang urat sampai terpercik peluh nerves., tapi dek semangat tu sampai jugaklah ke puncak..
Ok kat atas tu memang hebat ok. sbb tourist guide kata bila sampai je puncak gunung maknanya otometik kita dah masuk ke Thailand. Hebat sebab inilah first time aku pergi Thailand.. mmg kagum dengan diri sendiri. *dushhhh
Masa kat atas tu jugak anak sulung aku aka abg Irfan terkinja-kinja nak membuang air kecik.. Ok nasib ada toilet kat atas tu dan nasib jugak cuma kena Rm0.30 aje.. Berbaloi-baloi.. Sbb bayangan aku kalau dekat puncak tu mesti mahal kennn.. Duk bayangkan jugak mcmana diorg angkut air.. Teruk betul imaginasi aku ni oiiiiiiii...
Ok, penat dah menaip, daripada terus-terusan menceceh jom kita layan gambar yang ada...
*gambar dalam feri, adoi kelibut dengan anak-anak, kala diri merengas tak mandi*
*abang happy sebab duduk bilik hotel, katanya*
*hasil rembatan coklat tapi sebahagian dah habis sejak di Langkawi lagi :))*
*ok adik sengih bila umi cakap 'jom jalan'*
*tunggu babah ambik kereta sewa, adik pandang atas kenape ek?*
*ok jangan tegur muka umi pecat sebab beg make up umi tertinggal.. oh nooooooo*
*adik teruja, abg bahagia, kekdahnya*
*babah mok dan anak-anaknya*
*abg carik ikan jaws besar dari mula masuk sampai dah nak keluar*
*keterujaan adik terserlah dari wajahnya, eceh*
* jangan ingat abg sampai yer, ada umi disebaliknya tolong dukung..*
*inilah my hero*
*ok, harga mmg mendarat tapi demi anak2 ku gagahkan jua*
*adult RM28 - RM22 (goverment staff)
*child RM18 - RM11 (goverment staff)
Kuli Kerajaan @ Goverment servant please bring your goverment card for discount.
*ok tq abg capture gambar umi & babah walaupun blur umi appreciate sangat..auwwww*
Ok kalau nak cerita 3hari punya cerita memang muak nak taip. dan muak juga nak dibaca..
Bagi list je lah supaya takkan lupa kenangan di Langkawi :
* Dapat kereta sewa yang rosak, kena tolak dekat kedai makan . Nasib ramai-ramai masa tu... ajegile
* Tengok accident motor besar depan Hospital Langkawi. Mujur tak mati.
* Beli pemanggang ajaib utk mak kat Idaman Suri.. Kihkihkih... tu pon nak bagitau..
Oklah byeeeeeeeeeeeee