Sila baca artikel bertajuk "Direnjis-renjis: Jodoh tak ke mana",di alamat http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Ratu/20091212094248/Article/
RATU Direnjis-renjis: Jodoh tak ke mana
Oleh Nor Affizar Ibrahim
Pelbagai halangan dilalui sebelum cinta Rohanija dan Mohd Fahim bertaut
BERMULA hanya suka-suka bagi menyambut cabaran rakan dan sekadar menguji si teruna, tanpa disangka lama-kelamaan hati mula terpaut. Lebih-lebih lagi, melihat kesungguhan dan keikhlasan si teruna yang cuba memenangi hatinya. Begitulah mulanya bersemi perasaan cinta Rohanija Chukuni kepada Mohd Fahmi Hamizi.
Namun, Rohanija mengakui, disebabkan usianya lebih tua daripada Mohd Fahmi pada awal diri memang berasa agak malu dan berfikir banyak kali untuk berkawan lebih rapat dengannya.
Katanya, walaupun perbezaan usia tidak banyak beza dan tidak perlu dipertikaikan sangat, perasaan malu tetap ada apabila berjalan bersama apatah lagi Mohd Fahmi berkawan baik dengan adik lelakinya.
“Kami tinggal di taman yang sama dan pernah bersekolah di sekolah yang sama. Fahmi juga sering datang ke rumah kerana dia berkawan baik dengan adik saya. Pendek cerita, kami memang sudah lama kenal mengenali antara satu sama lain.
“Tetapi ketika itu, tidaklah ada langsung apa-apa perasaan. Sehinggalah, ada kawan yang mencabar saya supaya cuba memenangi hati Mohd Fahmi,” katanya mengimbas zaman remaja dan persahabatan yang terjalin sebelum ini.
Rohanija berkata, apabila rakan-rakan lain mengetahui antara kedua-duanya ada menyimpan perasaan kasih dan cinta lalu mereka turut memberi sokongan dan nasihat supaya jangan menolak serta menghampakan kasih orang yang sudah menyayangi dan menaruh harapan.
Lantaran itulah, kasih yang diberi Fahmi, 23, kepada Rohanija, 25, disambut dengan tulus dan berdoa sinar kebahagiaan hari ini dan seterusnya akan sentiasa dikecapi sehinggalah maut memisahkan antara mereka berdua.
“Sebelum mengenali suami lebih rapat, macam-macam perkara yang saya buat untuk mengujinya. Akhirnya, saya nampak dia benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh inginkan saya. Jika tidak, masakan dia sanggup mengekori saya menunggang motosikal, setiap hari ke tempat praktikal selama lima bulan semata-mata bagi memastikan saya selama tiba di tempat itu. Begitu juga waktu balik jika ada masa, dengan menunggang motosikal sendiri dia juga akan mengekori saya dari belakang.
“Ketika itu kami belum ada apa-apa lagi ikatan, jadi jangan harap saya akan membonceng motosikalnya. Emak dan bapa tidak suka saya membonceng motosikal mana-mana lelaki yang tiada apa-apa hubungan kerana mereka menganggap tidak manis untuk anak perempuan berbuat demikian,” kata Rohanija.
Bagaimanapun, sedang hati masing-masing diulit perasaan kasih dan sayang, ada rintangan lain yang harus di tempuhi. Percintaan antara mereka ternyata tidak begitu disenangi oleh orang tua Rohanija kerana kurang percaya Fahmi boleh menjaga dan memberikan kebahagiaan kepada anak perempuan tunggal mereka. Pada ketika itu juga Fahmi masih belum membina kerjaya yang mantap, justeru pada firasat mereka mana mungkin sebuah keluarga dapat dibentuk.
Berbeza dengan belah pihak keluarga Fahmi yang memberi restu dan langsung tidak melarang anak sulung dalam tujuh beradik itu menentukan hala hidupnya. Bagi mereka, apa yang dipilih dan disukainya, itulah juga diterima dengan hati terbuka.
“Ketika itu saya tidaklah mengharap terlalu tinggi sangat kami hidup bersama. Sebagai anak yang sudah dididik dari kecil supaya patuh dengan orang tua, saya sudah semestinya akan mengikut kehendak orang tua. Bagi saya, tiada guna meneruskan perkahwinan itu jika tidak mendapat restu ibu bapa. Tetapi Fahmi tidak mahu mengalah dan sebagai membuktikan kasih sayangnya, dia sanggup berjumpa dengan orang tua.
“Fahmi sebenarnya, bukanlah berani sangat orangnya, malah mempunyai sikap terlalu pemalu. Demi perasaan sayang, dia menolak ketepi semua sifat itu. Dua kali dia datang ke rumah saya. Pertama, sambutan orang tua begitu dingin. Kali kedua, barulah saya nampak ibu dan ayah boleh menerimanya, malah waktu itu kami sekeluarga duduk semeja makan bersama,” cerita Rohanija.
Selepas dua tahun berkawan rapat, pada 27 Mei 2006 Fahmi dan Rohanija mengikat tali pertunangan dua tahun. Menghitung hari untuk disatukan, lebih mendebarkan terutama apabila memikirkan soal kewangan bagi membuat persediaan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung. Oleh kerana masing-masing baru hendak membina kerjaya, sudah tentu ia agak menyulitkan untuk mengumpul wang dalam tempoh terdekat.
Bagaimanapun, berkat restu orang tua dan jodoh yang begitu kuat antara mereka, rezeki sentiasa murah sekali gus persiapan yang dibuat berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah, apabila mendengar saya ingin mendirikan rumah tangga bekas majikan saya menghadiahkan wang tunai daripada poketnya sendiri. Banyak jugalah sumbangan yang diberinya. Untuk mengumpul duit saya juga bermain kutu dan duit itulah saya gunakan untuk membuat persiapan. Bapa saya juga murah hati, untuk mengeluarkan belanja bagi memeriahkan majlis perkahwinan kami,” katanya sambil ketawa kecil.
Tarikh 23 Mei 2008 adalah detik bersejarah bagi Fahmi dan Rohanija apabila mereka akhirnya selamat dinikahkan manakala majlis persandingan dibuat pada keesokan harinya dan acara keraian diteruskan pada hari berikutnya di sebelah pihak pengantin lelaki. Antara kenangan manis yang terpahat, pasangan mempelai dijulang mengikut adat budaya Negeri Sembilan.
Rohalija yang kini bekerja sebagai pembantu tadbir di Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson dan Fahmi sebagai pembantu Jabatan Pertahanan Awam, berasa amat bersyukur kerana segala rintangan berjaya ditangani dengan baik serta menyatukan mereka sebagai suami dan isteri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan