Rabu, Februari 02, 2011

Menyusukan anak ketike hamil?? boleh ke

Wah..tetibe rini rajin plak aku nak update blog..
mcm besela kenn.. da sebulan xupdate baru mood dtg balik.. besela, blogwalking lagik beshh.. nak update blog ni kene ade mood..kalo xde mood alamatnye entry pon ntahpape jek..

diam xdiam, senyap xsenyap.. dah 14weeks bby lam pewot umi neh.. masih belum rase ape2 gerakan tp aritu da gi scan n da nmpak da bentuk bby.. soooo xcited k.. even anak yg kedua, keterujaan itu tatap ada..

entry kali neh sbenanye nak share sumthing pasal pregnant with breastfeeding bby.. aritu adelah aku cube nak weaning off irfan tp malangnye irfan xnak bg kerjasame sepenuhnye.. mlm2 xleh tido tanpe candu dia.. pening gak pale aku neh.. coz ade org ckp kalo da de baby inside, xleh bf kan anak g.. so aku pon mcm tepercayela ckp org.. berusehe gak la aku nak wean off irfan tp xberjaye.. lame2 aku redho jekla..

dalam redho2 tu, aku google gak pasal bf semasa peknen neh.. so, nila info yg aku dpt.. jum kite review sme2~~

Menyusukan Anak Ketika Hamil



Sebenarnya tidak salah untuk meneruskan penyusuan badan kepada anak anda. namun, beberapa perkara perlu anda ambil kira...


Anda perlu kalori dan khasiat tambahan jika anda menyusu semasa hamil. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan.


Kebiasaannya ibu menjadi lebih penat. Dapatkan rehat secukupnya. Anda boleh melelapkan mata dengan berbaring ketika menyusukan anak anda.


Puting anda mungkin lebih sensitif semasa hamil. Pastikan lekapan bayi anda adalah betul. Bernafas dalam-dalam dapat mengurangkan sedikit kesakitan.


Anak anda tidak akan 'mencuri' kolostrum dan lain-lain khasiat daripada adiknya yang masih dalam perut jika dia menyusu, kerana badan anda tahu yang mana yang perlu didahulukan.


Susu badan anda mungkin akan berkurangan semasa usia kandungan 4 bulan dan rasanya juga mungkin berlainan. Semasa ini penghasilan kolostrum mungkin telah bermula. Anak anda mungkin akan berhenti sendiri menyusu badan semasa umur ini.


Jika anak anda yang sedang menyusu berusia kurang daripada setahun perhatikan pertambahan berat badannya. Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang perkembangan berat badannya. Anda mungkin perlu menambah susu formula selain daripada makanan pelengkap yang diambilnya.


Jika anda tidak berhajat untuk menyusukan anak anda selepas bayi dalam perut lahir ('tandem nursing'), maka anda perlu membuat perancangan untuk menyapihnya semasa hamil ini. Jika anda ingin menyapihnya selepas kelahiran bayi baru, mungkin dia akan merasa terganggu emosi. Cara yang biasa diamalkan, "jangan tawarkan, tetapi jangan menolak jika dia nak".


Penyusuan susu badan kebiasaannya tidak boleh diteruskan jika:

anda berisiko atau pernah melahirkan bayi pramatang


pernah keguguran


mengalami pendarahan semasa hamil


positif GBS carrier


dan lain-lain kehamilan berisiko tinggi


Panduan mudah lain ialah, jika semasa hamil doktor anda menasihatkan untuk anda tidak melakukan seks, maksudnya semasa ini juga anda tidak boleh menyusu badan.


Dalam Islam pula, tiada halangan untuk ibu hamil menyusukan anaknya:



Info ini saya dapat daripada Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, dalam Menyusui Anak Ketika Mengandung di blognya.


Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).



Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.


Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)

Walahu a’lam.


Pas bace info ni, rase lega la sikitkan.. sekurang2nye xla rase stress bile irfan bf.. yela kan, bile kite xde pengetahuan tu, bile anak still bf mase kite peknen mulela pk 'alamak abishla khasiat2 ni da disedut dek abangnye'. tapi bile da tau terus rse cm,. 'oo, xpela nak..nenen la..nenen la lagik..umi xkesah pon' ha cmtula.. so penting tuk ade pengetahuan kan..
Tapi skang ni, irfan da mule2 slow2 cm jauhkan diri.. uhh tanpe paksaan tau.. xla rse sayu2 sgt nak lepaskan candu dia..cume mlm2 masih perlukan candu dia tuk tidur yg lebih lena..hehe

so, tu je tuk kali ini.. jumpe lagik!!

daaaaaaaaaaaaa~~~~~~

Niejafahmi

Tiada ulasan: