Khamis, Oktober 04, 2012

Makan Angin @ Cameron Highlands (again & again)

Hujung minggu lepas, kami menjejakkan kaki ke Cameron Highlands lagi.. Nak kata CH ni tempat favorite untuk bercuti tu, rasanya takdelah jugak.. tapi tak taula 2 tahun kebelakangan ni, 3 kali dah ke sana..

Pergi pon tumpang sekali dengan cousin saya.. sebenarnya dia yang ajak.. saja nak jalan-jalan..so kami pun pergi 1 kereta.. amalkan perkongsian kereta ye adik-adik..

Geng-geng yang join sekali ni pun kira ex school mate masa di Teknik dulu.. masing-masing dah berfamily so kendong lah handbag masing-masing kan.. 5 family yang join.. OTW dari Rawang ke Simpang Pulai, tak pasti kat mana, 3-3 kereta kena candid camera.. hahaha.. so, tunggu lah surat cinta sampai nanti..

Baru 15km mendaki, kereta salah satu dari konvoi kami ada masalah lah pulak.. kipas radiator xberfungsi.. temperature naik smpai berasap kereta.. fuhhh mujur tak apa-apa.. pandai pulak trak toing tu tunggu seberang jalan.. macam tau-tau je.. Mula-mula kami sombong jugak.. Last-last kena jugak pakai trak toing tu.. Turunla balik carik bengkel.. Sampai bengkel, sementara tunggu kereta, kami lunch dulu..
Dah setel semua lebih kurang 3 petang, naik semula ke CH.. sampai tempat yg sama.. beza dalam 200 meter gitu, kereta yang sama rosak balik.. adesss plug kong pulak.. Nasib baik ada mekanik dari kalangan kami.. Dapatlah kereta bergerak semula dan teruskan perjalanan..

Sampai ke Tanah Rata lebih kurang jam 6 petang.. bertolak jam 7 pagi.. 11 jam ok dari KL ke Cameron Highlands.. Berpeluh ketiak

Malamnya ramai-ramai pakat gi Pasar Malam di Brinchang.. Memang sejuk tahap gaban punya.. sampai cakap keluar asap.. wa cakap lu..

Second day plan nak petik srtrawberry la.. tapi malangnya strawberry kat AL MASHOOR farm tuh dah togel kena petik ngan orang lain.. so dapat ambik gambar je lah.. :))




~Geng ibuk ibuk~

Ibuk2 dan anak2


~Group bapak-bapak pulak~

Syok mamam aiskrim strawberi..

~Babah & anakanda2 nye~

~Photoshoot time~

~Irfan jumpa pistol sapa ntah~


~Cousin saya~

Dah habis bergambar dan shopping2 semua.. lebih kurang pukul 4.30 petang, kami pun turun melalui TAPAH.. fuhhh.. memang mabeles jalan dia.. sampai Irfan muntah atas baju umi & babah dia.. terima kasih Irfan :'(..

Sampai bawah, sempatlah kami bermandi manda.. membasuh pakaian yang terkena hadiah dari Irfan.. huehuehue..


Ok..jumpa lagi.. Bubye


2 ulasan:

aKSARAfENDI berkata...

tringin nak g cmeron tp tkut nk drive g sne

Tanpa Nama berkata...

top [url=http://www.c-online-casino.co.uk/]uk casinos[/url] hinder the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]casino las vegas[/url] autonomous no set aside hand-out at the foremost [url=http://www.baywatchcasino.com/]liberated hand-out casino
[/url].