Khamis, November 27, 2014

Throwback : Kisah aku setahun yang lepas.

Assalamualaikum wbt..


Hailaaaaaaa (menghela nafas panjang)..
Lamanya blog ni tak berupdate.. rindu sebenarnya kalau kenangkan zaman-zaman berblog tapi apakan daya, bila mula je nak menaip terus mood hilang ke laut.. Bila taknak menaip, idea pulak dtg mencurah-curah macam air hujan.. faktor usia kah ini??


Mehla nak cerita sikit..sejak2 dah duduk PD semula...
Setahun yang lepas, bila dah dapat masuk kerajaan dengan status tetap dan berpencen, terpaksalah aku berhijrah ke Putrajaya.. Siapa tak seronok bila dapat bekerja dekat centre.. Segala-galanya best dekat sana.. Lagi pulak ditempatkan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Kalau sebelum kerja kat SPA dulu, kerja aku hari-hari duk bukak laman web SPA dan intai. bilalah SPA nak panggil aku interview..hehehe


Tapi disebalik keseronokan bekerja di centre, aku terpaksa tinggalkan 2 org bujang kesayangan aku tu dengan mak di PD..oh myyyy jangan pernah cuba tanya perasaan aku macamana.. ada ke mak di dunia ni yg sayangkan anak sanggup tinggal berjauhan dengan anak-anak..? Rasanya ada tapi kerana terpaksa.. sama kes macam aku lah ni.. Terpaksa sbb kat sana memang sukar, payah dan susah nak mencari babysitter.. Dengan keadaan aku sendiri yang terpaksa merantau buat pertama kalinya..


Cuba bayangkan keboringan yang terpaksa aku tanggung bila balik kerja, sampai rumah tapi anak-anak takde.. suami aku pulak kerja shift, kadang ada, kadang kerja.. tiap-tiap malam bergayut dengan anak..dan tak sabar tunggu Jumaat tiba. Jumaat petang je aku akan caloo ke PD..tulah rutinnya.. Kos meningkat dengan keadaan gaji yg tak seberapa.. Apakan daya, nak atau tak itulah pilihan yang aku sendiri pilih.. Kalau tak, baik duduk rumah jaga anak-anak je kan..




Dalam masa yang sama, aku cuba mintak tukar untuk balik PD.. Alhamdulillah 6 bulan lepas mintak tukar, terus dapat.. mmg rezeki aku lah kan.. ada orang sampai bertahun kena tunggu..
Perasaan? memang happy dapat balik tempat sendiri. Walaupun tempat sendiri tak best macam Putrajaya, tapi tempat sendirilah paling terbaikkk...


Now, aku happy dengan life aku.. Ada anak anak depan mata. Pergi kerja tak payah hadap jem.. minyak pon kurang dah pakai, tol takde.. Cuma en suami jer yang masih jauh nun di KL..mudah2an permohonan untuk dia bertukar lepasni diluluskan.. ameeeeeeeennnnn panjang2 sikit..




Semoga life aku akan lebih baik dan membaik lepas ni.. tata







3 ulasan:

aKSARAfENDI berkata...

semoga lebih sukses di tmpt baru..family first..abaikan ckp2 org..

AMIIZAA berkata...

salams nieja, selamat tahun baru 2015....apakhabar? lamanya akak tak nampak nieja.....

Nieja berkata...

aksarafendi : yess takkan dengar ckp2 org dah.. diorg bukan faham hidup kita kan

Amiizaa : Hai kak,tu lah lama kan tak bersua.. kadang2 sampai tak ingat ada blog..hehehe